Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
How's ur day today?? (chewah speaking pulak ^_^)..Harap anda semua sihat dan tak stress ye. Ok mulai harini kita nak membincangkan isu tentang Stress atau dalam bahasa melayu nya adalah TEKANAN. Anda tau kan yang tekanan ini boleh membuatkan seseorang itu menjadi sedih malah lebih teruk adalah KEMURUNGAN yang mana ianya boleh membawa MAUT!!. Tak sangka kan sehebat itu kesan nya.
Dalam kehidupan masa kini, tekanan (stress) adalah merupakan satu perkara yang lumrah. Ia boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada kehidupan itu sendiri. Susah untuk kita untuk hidup yang tanpa tekanan (stress) kerana tekanan (stress) itu sendiri sentiasa menghantui hidup kita. Malah saban hari tekanan (stress) menjadi lebih membebankan. Semakin kompleks kehidupan seseorang maka semakin tinggi lah tekanan (stress) mereka.
Anda tau tak yang tekanan (stress) adalah satu reaksi dari tubuh badan seseorang
yang menghadapi banyak masalah di dalam kehidupan seharian. Contoh-contoh
masalah yang biasa dihadapi oleh anda adalah seperti hutang, kerja, pelajaran, kesihatan, hubungan dengan pasangan
masing-masing dan banyak lagi.
Ok itu sahaja untuk hari ini, akan datang kita akan kupaskan tentang apakah punca-punca berlaku nya stress ni.
Psst : TEMUDARA dapat membantu anda kurangkan tekanan (stress). Bagaimana?? Nanti kami bagitahu dalam post akan datang ye..^_^
Daripada kami,
darawanita.blogspot.com
FANPAGE : TEMUDARA
No comments:
Post a Comment