Iklan Nuffnang DISINI !!

MENGATASI KEGATALAN BAHAGIAN INTIM WANITA (Jangkitan Kulat)




Jangkitan kulat vagina adalah jangkitan di vagina yang melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan yang dikenali sebagai “Candida Albicans”. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos. Jenis kulat ini biasanya di jumpai di mulut, usus, faraj dan akan menjadi masalah sekiranya pembiakanya berlebihan. 15% dari wanita yang sihat mempunyai kulat ini. Wanita yang tiada tanda-tanda tidak perlu dirawat. Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai penyakit HIV dan wanita yang mengandung, insiden penyakit jangkitan kulat vagina mungkin lebih tinggi. 15% dari pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah boleh dapat jangkitan kulat sistemik yang lebih teruk.

Apakah faktor risiko jangkitan kulat vagina?
Faktor risiko yang boleh meningkatkan seseorang wanita itu mendapat jangkitan kulat vagina adalah:
  • Rawatan antibiotik
  • Mengandung
  • Diabetes Mellitus yang tidak terkawal
  • Kegemukan
  • Penghidap penyakit HIV
  • Menggunakan dos steroid yang tinggi
  • Tekanan perasaan
  • Mereka yang menggunakan rawatan kanser ( Kemoterapi)
  • Kekurangan zat makanan
Rawatan antibiotik boleh mengubah bakteria protektif (Laktobacilli) dalam vagina dan menggalakan pembiakan Candida yang berlebihan. Pengeluaran hormone yang tinggi (estrogen dan progesterone) semasa mengandung merendahkan tindakbalas imuniti dan seterusnya boleh meningkatkan peluang untuk mendapat jangkitan kulat vagina. Mereka yang didalam kumpulan umur sebelum haid (belum baligh) dan selepas menopos mempunyai paras hormone yang rendah dan vaginal candidiasis jarang berlaku.
Bagaimana hendak mengelak dari jangkitan kulat vagina?
  • Elak seluar dalam yang diperbuat dari kain sintetik
  • Elakkan dari meletakkan atau membubuh produk wangi-wangian di bahagian kemaluan
  • Jangan membersih kawasan faraj dengan sabun biasa tetapi gunalah pelembab diperbuat khas untuk faraj/kawasan kemaluan
  • Pastikan kawasan di bahagian kemaluan kering dan bersih
  • Kalau anda menghidap Diabetes Mellitus, pastikan paras glukos anda terkawal
  • Jika and menghidap HIV, CD4 yang tinggi dan Viral load yang rendah boleh membantu. Sekiranya anda mempunyai CD4 yang rendah dan viral load yang tinggi, rawatan anti-retroviral akan meningkatkan CD4 dan menurunkan viral load anda dan seterusnya dapat mencegah dari jangkitan kulat vagina.
Info : myhealth

Apakah rawatan yang ada?
Rawatan yang lazim adalah:
  1. Clotrimazole vaginal pesari 500 mg stat atau 200 mg setiap hari untuk 3 hari.
  2. Econazole vaginal pesari 150mg satu dos sebelum tidur atau 150mg untuk 3 malam
  3. Fenticonazole vaginal pesari 600mg satu dos atau 200 mg untuk 3 hari
  4. Miconazole vaginal pesari 1.2 g satu dos atau 200 mg untuk 3 hari
  5. Teconazole vaginal pesari 80 mg sekali sehari untuk 3 hari
  6. Nystatin vaginal pesari 100,000 unit untuk 14 hari
  7. TEMUDARA 3biji pagi dan 3biji malam

Sekian sahaja, Selamat membaca ya! 

Daripada kami, 
darawanita.blogspot.com 
FANPAGE : TEMUDARA

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Here

SiteGiant Ads

Sitegiant E-Commerce