NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU
1. GOLONGAN
ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan
mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi
seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan
respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang
merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
2.
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT
JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam
bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan
bahagian-
bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah
menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup
semua
tingkap.
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan
oleh mereka yang melakukan
aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko
tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema,
asma, sakit
mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik
dengan
seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan
mengikut
nasihat daripada pihak berkuasa.
3.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA
JEREBU
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
|
Status
|
Tahap Pencemaran
|
Langkah-langkah pencegahan dan kawalan Kesihatan
|
0-50
|
Baik
|
Tahap pencemaran rendah dan tidak
membahayakan kesihatan umum
|
·
Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
·
Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.
|
51-100
|
Sederhana
|
Tahap pencemaran sederhana dan
lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum
|
·
Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan
·
Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat
|
101-200
|
Tidak sihat
|
Tahap pencemaran boleh menjejaskan
kesihatan golongan berisiko tinggi.
|
·
Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di
luar rumah.
·
Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung
pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
·
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di
luar rumah.
|
201-300
|
Sangat tidak menyihatkan
|
Tahap pencemaran tinggi yang
menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami
oleh mereka yang berisiko tinggi
|
·
Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti
Lasak di luar rumah.
·
Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask)
ketika berada di luar rumah.
·
Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau
bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
·
Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung
pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
·
Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa
doktor.
·
Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas
arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
·
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air.
·
Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan
bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
|
301-400
|
Berbahaya
|
Pencemaran yang sangat tinggi dan
membahayakan kesihatan.
|
·
Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.
·
Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam
bangunan atau rumah.
·
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian
kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
·
Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask)
ketika berada di luar rumah.
|
401-500
|
Berbahaya
|
Pencemaran yang sangat tinggi dan
membahayakan kesihatan.
|
·
Tindakan seperti aras IPU 301 – 400
|
500 ke atas
|
Darurat
|
Pencemaran yang terlalu tinggi dan
sangat membahayakan kesihatan.
|
·
Tindakan seperti aras IPU 301 – 400
·
Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara
dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media massa
|
Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Sekian sahaja, Selamat membaca ya!
Daripada kami,
darawanita.blogspot.com
FANPAGE : TEMUDARA
No comments:
Post a Comment