Iklan Nuffnang DISINI !!

FAKTOR / PUNCA TEKANAN



Seperti yang dijanjikan, post kali ni saya akan berkongsi dengan anda apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu menjadi tekanan (stress). Mari kita baca mana lah tau jika anda juga mengalaminya kan..In shaa allah saya akan mengupas lebih mendalam lagi tentang isu tekanan (stress). 



Antara faktor punca-punca tekanan (stress) adalah seperti berikut:

1. FAKTOR DIRI SENDIRI
Antara punca tekanan (stress) yang paling mudah adalah datang dari dalam diri anda sendiri. Contohnya seperti anda meletakkan cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi dalam sesuatu perkara yang anda ingin lakukan dan apabila anda gagal untuk mencapainya maka ia akan mendatangkan tekanan kepada anda kerana bersedih.

2. FAKTOR PERSEKITARAN
Banyak konflik rumah tangga yang boleh berlaku dalam kehidupan seharian seperti  penceraian, penderaan, dan banyak lagi yang boleh mendatangkan tekanan (stress) dalam diri seseorang. Contoh yang lain adalah masalah sebelum hendak berkahwin  dan kehidupan rumah tangga anda selepas kehidupan berumah tangga ini. Sesiapa sahaja boleh berdepan dengan masalah rumahtangga ini. Banyaknya krisis yang berlaku dalam kehidupan kehidupan ini anda akan membuatkan anda tidak terlepas dari tekanan (stress) ini.

3. FAKTOR PSIKOLOGI DAN PERASAAN
Mereka yang lemah semangat inilah yang akan cepat merasa tekanan (stress) jika berdepan dengan sesuatu ujian. Jika pernah berlaku perkara yang buruk dalam diri anda seperti suatu tragedi buruk contohnya terlibat dalam kemalangan ngeri. Sudah tentu tragedi buruk itu akan diingati oleh anda sampai bila-bila. Jika anda membiarkan ia dingati sampai bila sudah tentu ia akan memberi kesan yang negatif didalam diri anda kerana anda akan merasa tekanan (stress).

Masalah kurang keyakinan diri kadang kala boleh mendatangkan tekanan (stress)  anda. Sebagai contoh jika anda kurang keyakinan diri untuk berucap di hadapan orang ramai sudah tentu anda akan berdebar-debar jika terpaksa melakukannya. Jika anda masih lagi kurang keyakinan diri maka anda akan merasa tekanan (stress) jika terpaksa melakukan lagi. Semua orang takut untuk gagal. Jika anda terlalu takut untuk menghadapi kegagalan sudah pasti anda akan merasa tekanan (stress) kerana anda memikirkan kegagalan tersebut.

4. FAKTOR KESIHATAN
Antara punca lain seseorang itu akan menghadapi tekanan (stress) adalah jika seseorang itu menghadapi penyakit fizikal yang kronik contohnya sakit jantung, kanser, dan sebagainya. Menderita penyakit fizikal yang kronik ini akan membuatkan diri seseorang itu sentiasa diselubungi kesedihan dan kerisauan yang boleh membuatkan diri mereka sentiasa tekanan (stress) memikirkannya.

Sebagai kesimpulannya, banyak punca-punca tekanan (stress) yang sebenarnya boleh berlaku dalam kehidupan anda. Jadi anda perlulah bijak untuk mengawalnya supaya tekanan (stress) itu tidak menjadi semakin teruk. Punca-punca tekanan (stress) ini ada yang boleh anda kawal dan ada yang anda tidak dapat kawal. Jadi ia terpulang kepada anda bagaimana anda bijak untuk mengawalnya. Diharapkan dengan perkongsian ini anda dapat mengenal pasti dimana punca-punca tekanan (stress) itu muncul dan anda dapat mengawalnya. Insyaallah.

So post akan datang kita lihat pula bagaimana cara untuk mengatasi stress ni..Anda suka dengan artikel ni?? Share la jika dapat membantu diri,rakan,saudara dan mereka yang anda kasihi...^_^


Sekian sahaja, Selamat membaca ya!

Daripada kami,
darawanita.blogspot.com
FANPAGE : TEMUDARA

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Here

SiteGiant Ads

Sitegiant E-Commerce