MERDEKA kah kita?? (Tepuk dada tanya minda..)
Apa itu KEMERDEKAAN..
KEMERDEKAAN selalu dikaitkan dengan KEBEBASAN. KEBEBASAN disini
bukanlah bermaksud anda boleh melakukan apa sahaja. Pendek kata kita bebas
melakukan apa sahaja tetapi mengikut peraturan Negara dan agama kerana dapat
membantu mengawal dari berlaku nya masalah laku. Sebagai contoh anda
sangat menyayangi negara ini dan anda bebas mempamerkan rasa sayang anda itu
namun harus diingat anda tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
keselamatan dan ketenteraman negara ini. Dalam hal ini keselamatan negara dan
ketenteraman awam lebih utama daripada kebebasan itu sendiri.
Menuntut kemerdekaan itu penting, tetapi mengisi kemerdekaan itu
jauh lebih penting. Mengisi kemerdekaan itu penting, tetapi mengekalkan
kemerdekaan itu jauh lebih penting dari segala-galanya. Mengekalkan kemerdekaan
bukanlah menjadi pilihan tetapi wajib dilakukan oleh setiap warganegara
Malaysia yang bertanggungjawab kepada bangsa, agama dan negaranya.
Sekian sahaja, Selamat membaca ya!
Daripada kami,
darawanita.blogspot.com
FANPAGE : TEMUDARA